Assalamualaikum kepada para pembaca. Hari ini saya ingin kongsikan sedikit pengalaman saya sepanjang berada di Universiti malaya.
Pertama sekali, saya nak beri sikit gambaran ttg Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS). Di bawah fakulti ini, telah dibahagikan kepada beberapa jabatan iaitu, Jabatan Pengajian Asia Timur, Jabatan Pengajian Asia Tenggara, Jabatan Sejarah, Jabatan Geografi, dan lain lain (kalau saya tak silap).
Saya ingin memfokuskan kepada Jabatan Pengajian Asia Timur sbb saya major Jepun. Dalam jabatan ini, ada 3 negara dan anda perlu memilih satu negara sebagai major, iaitu jepun, Korea, dan Cina. Major saya ialah Jepun. Bila anda memilih satu daripada negara tersebut, anda perlu belajar tentang bahasa tersebut. Cadangan saya kalau nak ambil bidang ini, perlu belajar bahasa negara tersebut sebelum masuk ke Universiti supaya tidak ketinggalan dan supaya dapat mudah catch up apa yg pensyarah ajar.
Dalam course, anda akan belajar ttg sejarah negara Asia Timur, ekonomi, sosial dan lain-lain. Disebabkan bidang ini agak antarabangsa, ada byk program antarabangsa dalam program ini, anda boleh join sebagai pelajar pertukaran (exchange student), program dengan pelajar dari Jepun, China, dan Korea. Sesiapa yang berminat dengan anime, boleh ambil major Jepun, kalau minat K-Pop, K-Drama, boleh major dalam Korea, belajar bahasa dan budaya Korea, nanti boleh juga try cari kawan dari korea dan cakap dengan mereka. Nanti boleh juga cari nihon no tomodachi test bahasa jepun korang.
Kat UM ni juga byk program yg korang boleh join, beberapa hari lepas, saya join program dari Fakulti Bahasa dan Linguistik (FBL), kat situ, saya berkenalan dgn orang Jepun, ckp dengan diorang dan minta IG diorang. Ada juga program budaya yg korang boleh join, belajar buat sushi, try makanan jepun atau buat sendiri makanan tu.
Kat sini korang boleh juga dpt berkawan dgn international student kalau kebetulan international student tu course mate korang. Pensyarah kat Jabatan Asia Timur ni pun ada pensyarah Jepun, China, dan Korea. Kat sini juga ada buat talk dgn company dari Jepun mcm Toray dan Panasonic. Course ni byk pembentangan dan tutorial, tapi jgn risau, pensyarah akan bantu dan rakan-rakan pun akan tolong juga. かんたんですよ。
Okay, cerita masa first time daftar di sini as a freshies (Niners)
Di UM ada 13 kolej kediaman (kk), ada 11 kk dlm kawasan UM dan 2 kk luar UM. KK 9 luar UM, tapi jgn risau, kalau jalan kaki tak jauh pun utk sampai ke FSSS tapi jalan dia berbukitlah, penat berjalan...たいへんですね😅😅😅. Excercise sikit sikit. Masa first daftar di KK9, nanti diorang akan beri kunci bilik berserta dgn blok, aras, dan nombor bilik. teringat semula masa daftar, dahlah brg byk, kena bawa ke tingkat 3. Nanti korang akan melalui Minggu Haluansiswa, di situ korang akan dapat gambaran ttg kk masing2 dan UM. Lagu tema minggu haluansiswa badge saya mata dunia, nanti korang tgk kat Utube, hari terakhir minggu haluan siswa tu kat UM Arena.
Itu sajalah perkongsian daripada Saya
Road to Sem 2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan